PESANAN BUAT ADAM DAN HAWA
Wahai ADAM..
Andai ingin Mencari Hawa
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung
semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada
telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu singgah pada kulit lelaki
lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya
memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yang boleh kita
kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun
jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya
berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasak-masaknya andai hati masih teringin
menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk
diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya
semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk
pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir
bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki
lain yang bukan bernama suami.
Untuk Hawa pula
Andai ingin Menerima Cinta Adam...
1.
Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti
malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai
mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.
Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
2.
Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian
kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah bermain di padang
bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya
selayaknya dilihat oleh si isteri.
3.
Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tika
berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah
sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak,
kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
1.
Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti
malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai
mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.
Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
No comments:
Post a Comment