KELUARGA ITU ADALAH TEMPAT YANG PALING AMAN DALAM BERKONGSI
SUKA DUKA
Kalau sebutla pasal “keluarga”,akulah orang yang paling
excited nak bercerita pasal aku punya keluarga.Straight to the point,aku berasal daripada keluarga besar berasal dari Kampung New Zealand,Maran Pahang,tempat dimana keluarga aku berada sekarang dan tempat yang setiap minggu
aku rasa nak kunjung.Walaupun sekarang aku dah bergelar pelajar universiti,tapi
aku masih tak boleh berjauh dengan mereka “homesick”.Alhamdullilah,aku bersyukur
sebab aku dilahirkan dalam kalangan mereka,dan mungkin ahli keluarga yang lain
pun rasakan perkara yang sama.Berbapakan Samsudin bin Abdul Samat,beribukan
Kamariah binti Awang dan bertemankan adik beradik aku yang
lain,Shazali,Salina,Salbiah,Salmiah,Muhammad,Saliza,Muhammad
Shahril,Sarahizan,dan Safikah.Sepuluh orang semuanya..Ramai kan??Tapi itulah
yang paling membanggakan mak ayah kitorang,kaya dengan anak-anak yang sekarang
masing-masing berusaha nak capai cita-cita masing-masing.Semoga dah berjaya
nanti jangan lupa mereka.In sha ALLAH.Sebenarnya,dalam dunia ni kita nak jadi
orang yang berbahagia,semua itu berasal daripada keluarga.Sebanyak manapun
duit,semewah mana pun kereta,sebesar manapun banglo,kalau isi dalamnya porak
peranda,tak ada nikmatnya hidup berkeluarga.Syukur alhamdulillah,kami hidup saling lengkap melengkapi dan In sha Allah kalian keluarga dunia akhirat aku.
Lima dasar keluarga bahagia:
Pertama :
- Membangunkan rumahtangga yang baik dan harmoni mestilah berdasarkan iman kepada Allah. Iman adalah asas dalam kehidupan dan kekuatan dalam menegakkan azam. Jika beriman, maka wujudkanlah dalam keluarga solat berjemaah, ke masjid atau ke surau. Usahakanlah makan bersama.
Ucapkanlah salam dalam setiap keluar dan masuk rumah. Berkatalah dan berbual dengan ucapan yang taiyibbah (baik), kerana itu merupakan contoh dan ikhtibar bagi anak. Hindari pertengkaran antara suami isteri di hadapan anak-anak, kerana ia akan mempengaruhi jiwa.
Ibubapa hendaklah menghindari perkataan yang kotor, umpamanya : anjing, babi, tidak tahu diri, tak tahu jasa orang tua, anak haram dan sebutan yang tidak elok didengar. Hilangkan sikap emosional, meradang dan bersabarlah dalam melihat dan menghadapi tingkah laku anak yang tidak baik, ia harus dihadapi dengan tunjuk ajar yang baik dan tegur penuh kasih saying, sehingga si anak tak berasa kena marah, bahkan merasa diperhatikan dan dijaga.
Kedua:
- Jangan ibubapa biar kasih sayang pada anak-anak sehingga mereka diasuh oleh orang lain, kerana dari segi kejiwaan ia sangat berbahaya. Akibatnya, terjadilah sikap fatalisme dan frustasi pada diri dan masa depan anak-anak.
Kalaupun ibubapa memeliki pembantu rumah, tapi janganlah pembantu itu ditugaskan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak kita. Pembantu rumah sememangnya hanya cuba mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak, sementara anak, dididik, diasuh, dijaga dan dibesarkan oleh ibu, kerana ibulah yang lebih bertanggungjawab.
Ketiga:
- Selaku orang tua (ibubapa) harus berusaha memahami dan menghayati akhlak dalam Islam iaitu ‘akhlakul karimah” (akhlak mulia) baik dalam hubungan dengan Allah (al-Khaliq) atau hubungan sesama manusia, meliputi diri peribadi, keluarga, jiran dan masyarakat. Kesemua itu dapat kita kaji dan pelajari dari ilmu tasauf (akhlak), yang sesuai dan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Keempat :
- Jangan bernafsu besar mengejar kemewahan dunia yang hanyalah fatamorgana serta nisbi. Hiduplah dengan pola hidup sederhana dan tidak berlebihan. Jangan mempamerkan kekayaan, lebih-lebih lagi di mata orang miskin.
Kelima :
- Hindari pertelingkahan yang tidak bermanfaat antara suami isteri. Tumbuhkanlah rasa memiliki dan dimiliki. Sang isteri harus faham kewajipan dan haknya; begitu juga bagi suami. Hal ini tentu tidak akan meninggalkan kesan buruk pada perkembangan psikologi anak-anak.