Saturday, 6 April 2013


PESANAN BUAT ADAM DAN HAWA

Wahai ADAM..

Andai ingin Mencari Hawa




1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu singgah pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasak-masaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.



Untuk Hawa pula

Andai ingin Menerima Cinta Adam...

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah bermain di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.



Apabila kita diuji..

Terkadang di dalam hidupMu
Percubaan berat menimpa
Menghancurkan hidupmu
Meremukkan hidupmu, namun ingatlah

Dia Tuhan, tak akan pernah memberi percubaan
Dan ujian melebihi kekuatan yang kau punya
Hendaklah bersyukur Dia melakukan semua kerana cinta
Supaya kau beroleh hikmah dan jadi sempurna 

Pabila Tuhan mengujimu
Itu kerana Dia menyayangimu
Laksana seorang Bapa
Yang mendidik anaknya kerana cintaNya

Terkadang, seseorang lebih memilih tuk tersenyum, hanya karena tak ingin menjelaskan mengapa dia bersedih


















                KELUARGA ITU ADALAH TEMPAT YANG PALING AMAN DALAM BERKONGSI SUKA DUKA

Kalau sebutla pasal “keluarga”,akulah orang yang paling excited nak bercerita pasal aku punya keluarga.Straight to the point,aku berasal daripada keluarga besar berasal dari Kampung New Zealand,Maran Pahang,tempat dimana keluarga aku berada sekarang dan tempat yang setiap minggu aku rasa nak kunjung.Walaupun sekarang aku dah bergelar pelajar universiti,tapi aku masih tak boleh berjauh dengan mereka “homesick”.Alhamdullilah,aku bersyukur sebab aku dilahirkan dalam kalangan mereka,dan mungkin ahli keluarga yang lain pun rasakan perkara yang sama.Berbapakan Samsudin bin Abdul Samat,beribukan Kamariah binti Awang dan bertemankan adik beradik aku yang lain,Shazali,Salina,Salbiah,Salmiah,Muhammad,Saliza,Muhammad Shahril,Sarahizan,dan Safikah.Sepuluh orang semuanya..Ramai kan??Tapi itulah yang paling membanggakan mak ayah kitorang,kaya dengan anak-anak yang sekarang masing-masing berusaha nak capai cita-cita masing-masing.Semoga dah berjaya nanti jangan lupa mereka.In sha ALLAH.Sebenarnya,dalam dunia ni kita nak jadi orang yang berbahagia,semua itu berasal daripada keluarga.Sebanyak manapun duit,semewah mana pun kereta,sebesar manapun banglo,kalau isi dalamnya porak peranda,tak ada nikmatnya hidup berkeluarga.Syukur alhamdulillah,kami hidup saling lengkap melengkapi dan In sha Allah kalian keluarga dunia akhirat aku.




Lima dasar keluarga bahagia:


Pertama :
  • Membangunkan rumahtangga yang baik dan harmoni mestilah berdasarkan iman kepada Allah. Iman adalah asas dalam kehidupan dan kekuatan dalam menegakkan azam. Jika beriman, maka wujudkanlah dalam keluarga solat berjemaah, ke masjid atau ke surau. Usahakanlah makan bersama.
Ucapkanlah salam dalam setiap keluar dan masuk rumah. Berkatalah dan berbual dengan ucapan yang taiyibbah (baik), kerana itu merupakan contoh dan ikhtibar bagi anak. Hindari pertengkaran antara suami isteri di hadapan anak-anak, kerana ia akan mempengaruhi jiwa.
Ibubapa hendaklah menghindari perkataan yang kotor, umpamanya : anjing, babi, tidak tahu diri, tak tahu jasa orang tua, anak haram dan sebutan yang tidak elok didengar. Hilangkan sikap emosional, meradang dan bersabarlah dalam melihat dan menghadapi tingkah laku anak yang tidak baik, ia harus dihadapi dengan tunjuk ajar yang baik dan tegur penuh kasih saying, sehingga si anak tak berasa kena marah, bahkan merasa diperhatikan dan dijaga.
Kedua:
  • Jangan ibubapa biar kasih sayang pada anak-anak sehingga mereka diasuh oleh orang lain, kerana dari segi kejiwaan ia sangat berbahaya. Akibatnya, terjadilah sikap fatalisme dan frustasi pada diri dan masa depan anak-anak.
Kalaupun ibubapa memeliki pembantu rumah, tapi janganlah pembantu itu ditugaskan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak kita. Pembantu rumah sememangnya hanya cuba mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak, sementara anak, dididik, diasuh, dijaga dan dibesarkan oleh ibu, kerana ibulah yang lebih bertanggungjawab.
Ketiga:
  • Selaku orang tua (ibubapa) harus berusaha memahami dan menghayati akhlak dalam Islam iaitu ‘akhlakul karimah” (akhlak mulia) baik dalam hubungan dengan Allah (al-Khaliq) atau hubungan sesama manusia, meliputi diri peribadi, keluarga, jiran dan masyarakat. Kesemua itu dapat kita kaji dan pelajari dari ilmu tasauf (akhlak), yang sesuai dan berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Keempat :
  • Jangan bernafsu besar mengejar kemewahan dunia yang hanyalah fatamorgana serta nisbi. Hiduplah dengan pola hidup sederhana dan tidak berlebihan. Jangan mempamerkan kekayaan, lebih-lebih lagi di mata orang miskin.
Kelima :
  • Hindari pertelingkahan yang tidak bermanfaat antara suami isteri. Tumbuhkanlah rasa memiliki dan dimiliki. Sang isteri harus faham kewajipan dan haknya; begitu juga bagi suami. Hal ini tentu tidak akan meninggalkan kesan buruk pada perkembangan psikologi anak-anak.